[10 GAMBAR] Selepas Priyanka Chopra, Kini Manushi Chhillar Di Gelar Miss World 2017

Manushi Chhillar dari India telah memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia 2017 atau Miss World 2017. Kemenangan merupakan pencapaian baru selepas 17 tahun  Priyanka Chopra membawa pulang gelaran yang didambakan pada tahun 2000.

Priyanka Chopra telah meraih gelaran wanita paling cantik nombor dua di dunia. Berita itu telah dikeluarkan oleh Buzznet.com, yang baru saja menyenaraikan 30 perempuan paling cantik di dunia versi mereka. Lihat artikel di bawah.

Hebat! Priyanka Chopra Wanita Nombor 2 Tercantik Di Dunia

Andrea Meza, dari Miss Mexico adalah first runner up  dan Stephanie Hill dari England adalah 2nd runner up. Seramai108 wanita dari seluruh dunia menyertai pertandingan kecantikan.

Chhillar, 20 tahun dari Haryana, belajar di St. Thomas School di New Delhi dan Bhagat Phool Singh Kolej Perubatan Kerajaan untuk Wanita di Sonepat.

Menurut profil Chhillar di laman web Miss World, Chhillar berhasrat untuk menjadi seorang pakar bedah jantung dan mempunyai rancangan untuk membuka hospital di kawasan luar bandar. Jom lihat gambar-gambar Ratu Cantik Dunia ini.

Adakah selepas ini, Chhillar akan meraih populariti dan mendapat perhatian dunia sama seperti Priyanka Chopra?

 

Cantik kan? Bila lah wakil Malaysia akan dapat gelaran ini kan?

Sumber NDTV/ Hangat.com