Gadis Berang Dapat Tahu ‘Suami’ Sebenarnya Wanita

Mahu tak marah apabila mendapati ‘suami’nya yang telah menjalin hubungan cinta selama enam bulan itu rupanya seorang wanita.
 
Memetik laporan Tribunnews.com, gadis malang yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna berang selepas mendapati lelaki yang baru dinikahinya itu mempunyai alat kelamin wanita pada malam pertama dan bertindak beritahu keluarganya tentang perkara itu.
 

Kisah perkahwinan itu dlaporkan berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia beberapa minggu lalu dan menjadi tular di kalangan netizen selepas seorang pengguna laman Facebook memuat naik gambar perkahwinan tersebut. 
 

Selepas dibawa ke balai polis, lelaki yang dikenali sebagai Rahmat Yani itu mengaku yang sebenarnya dia adalah seorang wanita seperti isterinya 
 
“Saya menggunakan kad pengenalan palsu demi mengahwini Syarifah dan menyembunyikan nama sebenar iaitu Rahmayani.”
 
Dalam pada itu, Maemuna yang juga ahli keluarga Syarifah terkejut dengan perkhabaran yang diterimanya kerana sebelum ini gaya dan suara Rahmayani saling tak tumpah seperti seorang lelaki sejati.- CARI
 


sumber : mynewshub


sumber : mynewshub


sumber : mynewshub