(Gambar) Pembentung Gagal Tampung Air, Punca Banjir Di Bangsar

banjir-4

 

Pembentung gagal tampung air, punca banjir di Bangsar

Limpahan air yang teruk di Jalan Bangsar di ibu negara adalah berpunca daripada pembetung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat petang Isnin.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa aliran balik telah menyebabkan mendapan sedimen daripada tapak pembinaan.

“Saya meminta JPS menjalankan siasatan rapi dan menyerahkan laporan kepada saya secepat mungkin,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis perhimpunan khas sempena sambutan Deepavali dengan warga kementerian dan Jabatan bersaama keluarga di sini, Isnin.

Hujan lebat yang turun sejak tengah hari melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa jalan utama.

Antara laluan yang dilapor terjejas ialah Lebuhraya Persekutuan berhampiran Bangsar South, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuhraya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang. – Bernama

banjir

banjir-2banjir-3banjir-4

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/31/punca-banjir-bangsar/#r1KIWxHm0q9Pod5X.99