Janna Nick Teruk Kena Hentam Dengan Netizen

Janna Nick Teruk Kena Hentam Dengan Netizen Gara-Gara Cakap Filem Dunkirk Tak Best

Nama Christopher Nolan memang tak asing lagi dalam industri perfileman antarabangsa. Filem-filem hebat seperti Inception, Interstellar dan The Dark Knight antara filem beliau yang berjaya.

Terbaru, filem Dunkirk yang mula ditayangkan di seluruh dunia beberapa hari lalu mendapat sambutan hangat. Rata-rata penggemar filem memuji filem tersebut. Tapi Janna Nick cakap filem ini buat dia rasa bodoh? Memang kena hentam lah dengan netizen.

Tidur sebab bosan?

Semalam Janna Nick sempat meluangkan masa pergi menonton filem Dunkirk ini. Dia pun buat lah satu review ‘jujur’ tentang filem tersebut berdasarkan apa yang di lihat. Katanya filem itu sukar untuk difahami dan jalan penceritaan tak best.

Post ini bagaimanapun telah dipadam dari Instagram Janna Nick setelah dikecam netizen yang kurang bersetuju dengan review Janna Nick. Memang tengah trending nama dia dekat Twitter sekarang.

Respon Janna Nick

Mungkin dah tak tahan sangat dengan provokasi netizen terhadap review Janna Nick tentang Dunkirk itu, ini jawapan dia kepada seorang pengguna Twitter.

So korang dah tengok belum Dunkirk ini? Best ke tidak? Kami dah tengok dua hari lepas dan review kami, best je sebenarnya!

Kredit – Ohbulan