Kecoh 1 Malaysia Bila Surirumah Ini Terbeli Daging Babi Kat Pasar .. KPDNKK Serbu Dan Apa Yang Mereka Jumpai Agak Memeranjatkan!!!

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis berhubung dakwaan seorang suri rumah bahawa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi.

Ketua pegawai penguatkuasanya, Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, pemeriksaan di sebuah pasar di Selayang itu dibuat oleh empat pegawainya yang turut disertai pengadu pada pagi sehingga tengah hari Rabu.

Katanya, keterangan peniaga dan pengadu telah dirakamkan dan sampel daging di premis tersebut diambil untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, sampel daging yang diambil di gerai peniaga itu bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga, daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari India.

“Peniaga turut mengemukakan resit pembelian daging yang dibeli daripada pemborong. Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi,” katanya kepada mStar Online.

Kisah ini tular apabila pengadu, Mazliana Abdul Manap, 35, pada Isnin, memuat naik posting di Facebook apabila dia was-was melihat warna dan tekstur daging yang dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang minggu lepas yang dikhuatiri daging babi.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Yusof memberitahu sampel daging yang didakwa daging babi itu tidak dapat diambil kerana pengadu telah membuangnya. “Kita ada minta sampel daging yang didakwa pengadu dikhuatirinya daging babi tetapi dia mendakwa telah membuangnya sebab was-was kalau simpan di peti sejuk dan busuk jika diletakkan di tempat lain,” katanya.

Dalam pada itu Wan Mohd Yusof berkata, berdasarkan pemeriksaan, pemilik premis dan pekerja adalah warga tempatan, yang menjual daging kerbau dan ayam proses. Beliau menambah, kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan daripada pakar dan pihak berkuasa sekiranya was-was terhadap daging atau makanan yang dibeli. “Janganlah menguar-uarkannya sebagai daging babi terutama di media sosial sebelum mendapat kesahihannya terlebih dahulu.

“Jika tidak, ia nanti akan menimbulkan kekecohan dan hanya menjadi fitnah sekiranya dakwaan itu tidak benar,” kata Wan Mohd Yusof.

SUMBER : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/11/23/bukan-daging-babi-tapi/

 

“Bawa Daging Tu Ke Pejabat” – KPDNKK

 

Suri rumah yang mendakwa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi sehingga ia tular di media sosial disarankan membawa sampel daging tersebut kepada pihak berkuasa untuk membuat pengesahan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Mohd Yusof Wan Taib mengesahkan telah menerima aduan yang dibuat oleh pengadu.

Beliau berkata, sampel daging itu bertujuan untuk diuji bagi menentukan sama ia benar-benar daging babi atau tidak.

“Kita telah menerima aduan daripada pengadu dan meneliti perkara ini. “Bagaimanapun, kita minta pengadu datang ke pejabat kita di Kuala Lumpur membawa sampel daging tersebut untuk diperiksa oleh pakar berkaitan bagi tujuan pengesahan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Pada Isnin, hasrat pengadu, Mazliana Abdul Manap, 35, untuk menyediakan asam pedas daging sebagai hidangan makan tengah hari terbantut apabila dia khuatir daging tersebut adalah daging babi.

Katanya, dia was-was melihat warna dan tekstur daging yang didakwa dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang minggu lepas tidak seperti daging lembu biasa yang pernah dibeli sebelum ini.

Wan Mohd Yusof berkata, pengadu juga diminta memberi keterangan dan dokumen berkaitan seperti resit pembelian daging berkenaan.

“Pegawai penguat kuasa kita akan menjalankan siasatan dan ia akan turut melibatkan pemeriksaan di lokasi seperti yang didakwa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta pengadu supaya membawa sampel daging berkenaan dan butiran pembeliannya seperti tarikh, waktu dan lokasi termasuk maklumat mengenai peniaga yang menjualnya.

“Bagus kalau ada rasa was-was tetapi perlu berhubung dengan pihak berkuasa termasuk PPIM agar apa yang didakwa itu boleh disahkan.

“Jika dakwaan itu benar, kita dan pihak berkuasa boleh ambil tindakan yang sewajarnya,” kata Nadzim sambil menambah gesaan memboikot juga boleh dibuat sebagai pengajaran kerana didapati menjual daging babi kepada pengguna beragama Islam.

SUMBER : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/11/21/bawa-sampel-daging/

NotaKaki: Jangan berat mulut bertanya .. Jika sudah was was tak perlu lah beli ..