Kekasih Wak Doyok Seorang Model Dari Indonesia

 

KUALA LUMPUR- Selebriti media sosial, Wak Doyok semalam telah mendedahkan wajah kekasih baharunya, Malika Askarova yang merupakan seorang model dari Indonesia.

Wak atau nama sebenarnya,Mohd Azwan Md Nor memuat naik sambutan hari lahir ke-37 semalam bersama Malika di laman Instagramnya dengan kapsyen romantis dan intim.

Instagram @wakdoyok

Instagram @wakdoyok

“Saya kenal dia sudah agak lama cuma jarang berjumpa kerana tinggal di negara berbeza.

“Doakan jodoh saya sampai dan cepat mendirikan rumah tangga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sebelum ini, Wak pernah dikaitkan dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim dan dilaporkan sempat bertunang pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Namun begitu, sekitar Oktober tahun sama, pasangan itu dikatakan telah berpisah apabila masing-masing memadam gambar berdua daripada laman sosial Instagram mereka.

Kredit:

K! ONLINE
Wak Doyok