Kerana Hutang, Ibu Paksa Anak Jadi Pelacur & Jual Kepada Tauke Pusat Karaoke

 

Akibat terdesak untuk membayar hutang, seorang ibu telah memilih jalan pintas menjual anak perempuannya ke pelacuran.

Menerusi laporan The Star, difahamkan pihak polis telah menahan seorang suri rumah berusia 30 tahun yang kini sedang disiasat atas penjualan anaknya itu kepada pemilik karaoke untuk membayar hutang peribadinya.

Dalam tahanan polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asst Comm Datuk Dev Kumar mengesahkan polis di Lawas menangkap ibu itu pada pukul 2.15 petang dan si pemilik karaoke setengah jam selepas, kira-kira pukul 3 petang, semalam.

Menurut beliau, kes tersebut mula mendapat perhatian mereka selepas ketua kampung membawa mangsa yang baru sahaja berusia 14 tahun itu untuk membuat laporan polis pada jam 10:55 pagi Ahad.

Menerusi rintihan mangsa, dia difahamkan telah dipaksa oleh ibu sendiri untuk memberikan khidmat seks.

Dirogol tiga kali sebelum dijual

Mangsa juga telah mendedahkan kepada pihak polis bahawa dirinya telah diperkosa sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki di sebuah hotel dan lelaki tersebut telah membayar pemilik karaoke itu sebanyak RM1,000 sebagai pertukaran untuknya.

Polis kini dalam misi mencari lelaki yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai rogol.

Sumber: The Star