Ngeri! Melayang Entah Dari Mana, Batang Besi Tusuk Penunggang Motor

Ngeri melihat keadaan seorang penunggang motosikal yang cedera selepas besi berukuran kira-kira satu meter menembusi tapak tangannya.
 
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Leburaya PLUS berdekatan susur keluar Yong Peng Utara.
 
Sebelum kemalangan Mohd Zul Afkar 22, bersama lebih 19 penunggang lain berkonvoi dari Klang Selangor untuk pergi menjamu selera di sebuah restoran di Yong Peng.

Walau bagaimanapun malang menimpa apabila batang besi berkenaan melayang mengenai mangsa selepas sebuah kenderaan melintasi mereka.
 
Menurut saksi yang juga rakan,  Mohamed Fiqry Jaafar, 25, berkata, “Selepas besi berkenaan mengenai Zul, dia masih mampu mengawal motosikalnya sebelum berhenti dan rebah kesakitan. Mujur bakal tunangnya, yang membonceng membantu mengawal motosikal Zul.
 
“Saya sangkakan besi itu hanya kecil tetapi sebaik jaket yang dipakai Zul dibuka, kami tergamam melihat besi berkenaan yang menembusi tapak tangan kanannya dan menyebabkan jari telunjuknya patah.”
 


Foto: Facebook

Mangsa kemudiannya dibawa ke  Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. -CARI