POSTING GAMBAR INSTAGRAM DAPAT RM154,000, INSTAFAMOUS INI DAPAT BAYARAN TERMAHAL!

 

Jack Morris dan Lauren Bullen bukan pasangan selebriti.Tetapi pasangan ini sudah mengumpul jumlah pengikut di Instagram melebihi angka 3.4 juta. Morris, 26, dan Bullen, 24, merupakan pasangan instafamous yang suka mengembara dan berkongsi kegembiraan mereka setiap kali berkunjung ke negara orang.

Menariknya, mereka mampu meletakkan nilai sekeping foto yang dimuat naik di Instagram mereka setinggi $9,000 USD (RM39,807)!

“Susah nak cakap nilai sebenar tetapi kami tidak akan post sebarang gambar dengan bayaran kurang daripada $3,000 (RM13,269).

“Bayaran paling tinggi yang pernah saya dapat ialah $9,000 (RM39,807).

“Ketika itu saya bekerja untuk sebuah syarikat telefon selama tiga hari. Dua hari untuk penggambaran dan saya perlu memuat naik lima keping foto yang semuanya bernilai $35,000 (RM154,805),” katanya kepada temubual media.

Tambahnya, nilai itu diletakkan atas dasar jumlah pengikut di Instagram, kualiti kandungan, demografik dan banyak lagi.

“Kalau dibandingkan bilangan pembaca atau penonton televisyen dengan pengaruh kami, bayaran itu sangat setimpal,” jelasnya.

Pasangan ini bertemu ketika sedang melancong di Fiji pada tahun 2012 dan memilih untuk menetap di Bali, Indonesia hingga sekarang.

Sehingga Januari 2017, Morris sudah mengembara ke 45 buah negara.

Jom kita layan gambar-gambar best pasangan itu!


Olahan oleh: Amri Hassan/gempak.com
Sumber: Huffington Post, IG @doyoutravel@gypsea_lust