Rawang Bypass, Laluan Tinggi Menggamit Awan…Ada Berani Memandu Di Sini?

Wow! Projek mega Rawang Bypass nampaknya bakal menjadi satu lagi mercu tanda negara. 
 
Lebuhraya yang menghubungkan Rawang dan Serendah ke Kuala Lumpur ini begitu hebat dan juga unik.
 
Ikonik. Mungkin itu adalah gambaran yang boleh diberikan. Bayangkan ia mempunyai ketinggian luar biasa, iaitu separas puncak pokok gian kanching!
 

Dikatakan pokok ini hanya terdapat di kawasan ini sahaja di Malaysia. Malah ia tiada di negara lain!
 

Beranikah anda untuk memandu atas ‘jambatan’ sepanjang 23 km ini? 
 
Memetik Libur, laluan untuk Rawang Bypass ini akan merentasi Taman Warisan Selangor yang padat dengan hutan. 
 
Mengapa dikatakan ia ibarat jambatan? Ini kerana ia mempunyai tiang setinggi 60 m dan dibina tidak lurus bagi tujuan meminimakan impak kerosakan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor. 
 
Kebaikannya? Kini tiada msalah lagi pemanduan dari Serendah dan Rawang ke Kuala Lumpur pada waktu puncak. Dianggarkan mengambil masa 30 minit sahaja, berbanding 2 jam sebelum ini! Hebat, kan?
 

 

Nah, tonton video ringkas Rawang Bypass oleh JKR Malaysia. – CARI