Sedut Lemak? Saya Belum Buat Lagilah! – Ifa Raziah

Ramai terkejut bila mendapati penyanyi dan pengacara Ifa Raziah tampil lebih kurus baru-baru ini sehingga timbul spekulasi dia melakukan prosedur sedut lemak.
 
Namun memetik Astro Gempak, Ifa menafikan hal tersebut sekeras-kerasnya meskipun pernah terdetik melakukannya. 
 
“Saya kurus sebab sedut lemak? Alahai…saya belum buat lagilah! Tapi nawaitu tu ada…Itu yang semua orang nak dengar saya cakapkan?
 
“Selagi saya bercakap benda betul, orang tak nak percaya. Kenapa? Nak kena keluar benda ‘panas’ dari mulut Ifa Raziah baru orang puas hati ke?,” katanya. 
 

Sebelum ini dia mencuba rutin diet dengan makan telur sebanyak 10 biji sehari. Namun selepas seminggu dia mula berasa muak. 
 
“Tak boleh tahanlah makan telur hari-hari. Sebab itu saya ‘kamikaze’ diet cara saya sendiri iaitu dengan menolak semua makanan pepejal dan minum air sahaja.
 
“Saya tidak nafikan dimarahi doktor kerana diet rejim saya ini, tetapi demi memenuhi tuntutan kerjaya saya ‘langgar’ sahaja.
 


Foto Carian internet

“Saya tak sarankan orang luar ikut cara diet saya ini, tapi ada sesuatu bakal saya kongsikan kepada peminat di luar sana tentang penurunan berat badan saya ini.
 
“Ada sesuatu yang saya amalkan, tunggu Januari nanti saya akan kongsikan kepada semua,” katanya lagi. – CARI