Shopping Ni Hadiah Untuk Diri Saya – Ramai Minta Sponsor, Ini Respon Dato’ Seri Vida

 

Nama Dato’ Seri Vida makin hangat diperkatakan sekarang sejak munculnya lagu baru nya ‘I Am Me’. Kalau cerita mengenai kejayaan dalam bisnes, memang satu Malaysia sudah tahu. Merupakan antara usahawan wanita yang kaya dan berjaya hasil penjualan produk jenamanya sendiri.

Baru baru ini Dato Seri Vida berkongsi foto berada di Singapore bersama teman baiknya untuk shopping. Memang mewah sungguh, yelah duit banyak seronok lah. Hehe

LV tutup lewat 2 jam

Inilah dia LV TERBESAR di ASIA

Sanggup 2 jam lewatkan tutup..Semata tunggu saya.. huhu..Saya tak tengok saja syg..Nampak riak?? Taklaa..
Macam ni.. saya nok sayang tahu. Inilah hasil dari bisnes saya..

Bayangkan jenama terkemuka negara sanggup tutup lewat untuk Dato’ Seri Vida Shopping. Fuhh seronok tu. Memang usaha dia sendiri, berbaloi la untuk dia hadiahkan diri dia sesuatu bernilai. Betul tak? Siap menari menyanyi dekat situ ye Dato’? Comel betul..

Comel je

Saya tak suka orang meminta

Sebenarnya syg..
Nyoping ni.. adalah suatu hadiah..Untuk saya sendiri.. salah satu cara. Apa guna saya cari duit.. Selain daripada menabung dan berbakti

Ramai yang mintak sponsor dan bantuan. Bkn saya tak boleh bagi. Tapi..Saya tak suka klau orang meminta.Kalau yang betul2 tak mampu.. insha Allah saya suka memberi

Mungkin ramai yang persoalkan Dato’ Seri Vida shopping. Ini respon Dato’ Seri Vida sendiri. Yelah betul juga cakap dia. Takkan la semua benda nak minta kat dia kan?

Sumber : Instagram Dato Seri Vida dan Ohbulan