TERKINI 12 GAMBAR BABY AMYRA ROSLI DAN AMAR BAHARIN..COMELNYA AFEEQ ANAQI..!

Setelah sekian lama menanti dan berteka-teki tentang baby AA, akhirnya nama anak sulung pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu itu didedahkan.

Pernah meminta pengikutnya teka apakah nama anaknya melalui Instagram sambil memberi klu huruf hadapan ‘AA’, kini Amyra menerusi Insta Stories telah berkongsi dimana mereka memilih nama ‘Afeeq Anaqi’ untuk anak mereka.

Malah, nama akaun Instagram @amyramarjr. turut ditukar kepada nama sebenar anak mereka iaitu ‘Afeeq Anaqi’.

PELAKON Amyra Rosli dan Amar Baharin menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada Ahad lalu. Amyra selamat melahirkan bayi lelaki itu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya semalam, dengan memuat naik foto jari si comel itu menggenggam erat jari Amar.

 

Bukan itu sahaja, malah dislay picture untuk akaun tersebut juga telah ditukar kepada wajah anak mereka yang lebih jelas kelihatan.

Teruja dengan perkongsian kedua pasangan ini, ruangan komen di IG Afeeq yang kini mempunyai 109k pengikut itu dihujani dnegan ucapan-ucapan positif.

Apapun, semoga Afeeq Anaqi membesar menjadi anak soleh serta berbakti kepada kedua ibu bapanya.

Anak Amyra, Amar Dah Kumpul Peminat

NAMPAKNYA seakan-akan sudah menjadi trend dalam kalangan pasangan selebriti untuk mewujudkan laman sosial untuk anak masing-masing.

Begitu juga dengan pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli yang telah mendaftarkan laman Instagram bayi mereka dengan nama akaun @amyramarjr.

Laman Instagram tersebut telah mengumpul lebih 36,000 pengikut semenjak ia didaftarkan pada 30 Mac lepas.

Malah, angka pengikut kian bertambah selepas bayi tersebut selamat dilahirkan pada 15 Oktober lalu dengan foto tangan bayi tersebut mengenggam jari Amar, mendapat lebih 11,000 tanda suka.

Amar bagaimanapun belum bersedia mendedahkan foto wajah dan nama anak sulung mereka ini.

Keterujaan tersebut bukan sahaja dirasai oleh pasangan selebriti ini, ia turut dikongsi oleh peminat yang meninggalkan komen tidak sabar untuk melihat wajah si comel tersebut.

Baby, tak sabar mahu lihat wajahmu,” tulis akaun @emyliapareeth.

“Tahniah, selamat datang ke dunia,” ucap @nurfarzanaaa._

“Alhamdulillah! Tahniah sayang. Moga cepat sembuh dan bayi dalam keadaan baik dan sihat. Amin,” tulis @adreaabdullah_ pula.

Baby, tak sabar mahu lihat wajahmu,” tulis akaun @emyliapareeth.

“Tahniah, selamat datang ke dunia,” ucap @nurfarzanaaa._

“Alhamdulillah! Tahniah sayang. Moga cepat sembuh dan bayi dalam keadaan baik dan sihat. Amin,” tulis @adreaabdullah_ pula.

Amyra Rosli selamat melahirkan bayi lelaki secara normal kira-kira pukul 12.07 tengah hari Ahad lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

 

sumber:
JARI PUN BERGOSIP!!