[VIDEO] Jangan Riak Sangat- Respon Netizen Bila Dato’ Aliff ‘Show Off’ Cincin & Jam Mahal

Apabila digelar sebagai public figure ni ada je netizen yang tak berpuas hati. Apa sahaja Datuk Aliff Syukri lakukan pasti mendapat perhatian ramai. Kebanyakan netizen suka mengkritik tidak kira dari segi rupa paras, kebendaan dan banyak lagi.

Macam video yang dimuat naik oleh Abang Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri dalam Instagram miliknya dalam bentuk gurauan telah dikecam oleh netizen.

Kau ado!!

Datuk Aliff berkongsi video itu semasa dia dan keluarga sedang menikmati masakan air tangannya dan isteri, Datin Shahida di kawasan lapang di Switzerland.

Takpelah korang kutuk,kutuk lah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam Rolex baru beli ni. Kutuk,kutuk, tak ape, kutuk lagi selagi mampu. Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex-nya? Takde, kan? Jahatlah, gurau je.

Dalam video itu juga dia sempat bergurau dengan menunjukkan jam tangan jenama Rolex yang baru dibeli dan cincin berlian 4 karat untuk bergurau dengan netizen yang selalu ingin mengutuk dirinya.

Jangan riak sangat laa..

Antara komen yang tidak boleh menerima gurauan Datuk Aliff dalam video tersebut. Bagi mereka, Datuk Aliff riak dan bangga dengan kemewahan yang dimilikinya.

Pandangan positif netizen

Terdapat juga sesetengah netizen  yang boleh menerima gurauan Datuk Aliff melalui video itu. Malahan, banyak juga yang memberi sokongan dan bangga dengan pendirian Datuk Aliff seorang yang humble. 

Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri