[VIDEO] Suami Lana Nordin tunjuk isyarat lucah kepada pengguna jalanraya.

 

Sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pengguna jalan raya baru-baru ini telah menjadi tular..

Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki tersebut adalah David McKienzie, suami kepada selebriti Malaysia, Lana Nodin.

David dikatakan telah terlanggar bahagian depan kereta mangsa ketika trafik sesak. Walau bagaimanapun, David turun dari kereta dan mula menyerang mangsa dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Tidak cukup dengan itu, pemain bola tampar dunia itu juga turut mengeluarkan jari dan menunjukkan isyarat lucah. Lana juga turut dilihat keluar dari kereta dan mengambil beberapa keping gambar.

Menurut laporan portal Stomp.com.sg, kemalangan ini berlaku di Johor Bahru (JB) sebelum Laluan Kedua Malaysia-Singapura pada Selasa (Mar 14) pada kira-kira 6.30 petang.

Rata-rata netizen yang melihat rakaman ini kesal dengan sikap David dan Lana kerana tidak menyangka mereka berperangai seperti itu.

Sebagai selebriti, mereka seharusnya menjaga tindak tanduk dan kelakuan kerana pasti ia akan menjadi perhatian orang ramai. Apa-apa pun tunggu sahaja penjelasan dari keduanya.

Sumber : ultranews