[VIDEO]Pulau Pinang banjir kilat. Semua disarankan b erjaga-jaga dengan paras air yang semakin meningkat.

 

Ringkasan Video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
GEORGE TOWN: : Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya George Town dan Seberang Perai dinaiki air.

Di George Town, antara kawasan terlibat ialah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson, Halaman Bukit Gambir dan beberapa kawasan lain.

Menurut laporan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, paras air sungai di Sungai Pinang, Sungai Air Itam dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter.

Tinjauan di sekitar Jalan P. Ramlee mendapati rumah penduduk di kawasan itu dinaiki air.

Manakala gerai di sekitar Astaka Jalan Perak juga dilaporkan dinaiki air menyebabkan sebahagian besar peniaga tidak dapat beroperasi kerana bimbang air semakin meninggi.

Beberapa batang jalan, antaranya Jalan Magazine, Lebuhraya Mayang Pasir dan Jalan Sungai Pinang ditutup sementara.

Selain itu, kejadian runtuhan bongkah batu dilaporkan berlaku di Jalan Tun Sardon namun difahamkan tiada lorong terhalang dan lalu lintas masih dibuka kepada pengguna.

Sementara itu, di Seberang Perai Tengah (SPT), lebih 20 kawasan dinaiki air termasuk Taman Siakap, Permatang Rawa, Taman Senangin dan Padang Lalang.

Sila tonton video:

Sumber: dharian